30 Jan 2012

Nadia kembali !

Assalamualaikum ..
Lama dah tak online ney . Biasanyer Nadia online tiap hari Sabtu jer iaitu time nak update tuto yang korang nantikan tu.. Nak dengar cerita dari Nadia tak ? Tentulah korang nak dengar kan ? Tapi, Nadia tak ada apa-apa cerita yang yang dikongsikan . Sajew jer update ni sebab nak try sesuatu yang baru.. Apa yang baru tu ehh ? Emph, Dalam entri ni, ada tak korang lihat ada sesuatu yang baru.. Bukan dalam blog ni yaw ! Tapi dalam entri ni. Korang carilah apa yang baru.. Kalau mata korang tu buta, nanti hari sabtu ni Nadia explain kat korang. Tapi korang ingatlah jugak jangan datang kat blog ni skali jer. Ada tuto2 lain lagi yang korang tak taw. (Kalau ada) Kalau ikotkan hati Nadia online petang ni. Tapi disebabkan Nadia sekolah petang, so Nadia update entri ni pagi2 lah. Dekat bawah ni, entri-entri yang mungkin dapat membantu korang. Tolong baca dan komen skali eyy ? Buat penat Nadia jer pot pet sana pot pet sini tapi takda komen.

>> Header Hover Menggunakan 2 Header ( Header Lip Lap )
>> Underline Berwarna
>> Scroll Bar Berbackground

>> Jom Terjah Dunia Tutorial
>> Buat Contest Dengan 'Joiners' Yang Ramai
>> Mendapatkan Followers Yang Ramai

Atas ni Nadia dah promosi sikit tutorials dan tips kan ? so korang klik la kalau korang suka.. Tapi tadi Nadia heran sikit. waktu Nadia meletakkan link tips "Buat contest dengan 'joiners yang ramai' dan 'mendapatkan followers yang ramai' tu kan, tetibe je Nadia letak word ramai tu dengan perkataan 'Ramain' nape eyy ? tiap kali Nadia update entri dengan wujud perkataan ramai tu, 'Ramain' jer yang keluar. Ntah tu word baru agaknya.. Haha . k, setakat ini saja entri Nadia kali ini.. Tapi korang kene ingat dan cari apa benda baru yang ada kat entri ni.. korang belek2 jer lah..


Selain apa yang Nadia pot pet kat atas, join lah contest GA Awesome Header Nadia (Yo'onfes Header)


Rujuk sini...
Yofes : Your Own Face

28 Jan 2012

Daftar Advertlets

Assalamualaikum .
Selain Nuffnang, churp-churp dan says.com , ada lagi yang dapat membantu kita dapat duit iaitu melalui adverlets . Jom taw caranya ...

1. Korang picit sini dulu >> http://www.advertlets.com/
2. Korang klik yang macam ni...

3. Isi semua tu.. Then, yang blog category korang letak entertainment (music and movies, animated)
4. Klik register
5. Korang log in kat bahagian atas tu..
6. Klik yang macam ni pulak ..
7. Korang isi semua tu and then tekan update profile
8. Kat bahagian atas tu dye ada doashboard, profile, resources, blogs, earnings, stats dan support kan ?
korang klik yang 'blog'
9. Copy kod yang diberi...dan paste kan kat



165 x 240 sidebar ads : korang letak kod kat sidebar korang..
724 x 90 leaderboard ads : korang letak kat atas header korang..
336 x 280 large rectangle ads : korang letak kod tu kat bawah post / linkwithin




27 Jan 2012

Jom Blogwalking sini ..

Assalamualaikum .
Hari ni Nadia nak ajak korang untuk ber-blogwalking kat blog-blog terpilih ni...


Done ! Itu sahaja maa . Entri pendek kerana hanya 6 buah blog sahaja yang perlu kita blogwalking .. 

Happy Birthday To Haziq

Assalamualaikum .
Hari ni hari jadi Haziq . My younger brother . Bukan haziq af tu lah ! Ahaha .  ada2 jer . Malam ni nak gi sugarbun . nak sambut hari jadi dye . Dia tak taw lagi tu . Kah kah kah . Kakak yang belanja . Yang tua sekali tu . Lahh . Tak taw jugak ker ? Erra Faziera . Bukan Erra Fazira yerk ! Cuba korang bandingkan ejaan nma dorang ..

1. Erra Faziera (my sis)
2. Erra Fazira (artis)

Perbezaannya my sis tu ada huruf 'e' di antara huruf 'i' dan 'r' ... Dah ! Jangan nak berperasan nak punya kakak penyanyi . Huhu . Satu perkara yang Nadia lupa . Nadia nak dengar korang nyanyi lagu happy birthday kat si Haziq . satu, dua, tiga mula !

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Haziq..
Happy birthday to you..

Nadia tak puas hati dengar korang nyanyi tu.. Kali ni,, Nadia nak korang nyanyi yang Malay version punya.. Jom..

Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi Haziq..
Selamat hari jadi..

Jom kita potong kek !!!

Huhu . kecik je kek tu . muat untuk satu orang . kah kah kah

26 Jan 2012

Masyaallah... Teruk Betul Pembalasan Allah Yang Diberikan Kepada Pramugari Yang Koma Ketika Di Tanah Suci...

Assalamualaikum ..
Nadia dah habis baca ni.. Just Nadia copy dari facebook.. Copy dari Mtq Nadzmi .. Renung-renungkanlah...



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT 
SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Contest Giveaway Awesome Header By Effa Nadia

Assalamualaikum ..
Spew yang nak join contest ni ? Best taw . Header nya lebih menarik daripada GA yang lain . Ceh .. perasan . HAHA . kepada sesapew yang berminat, syarat-syarat kelayakan penyertaannya adalah...


1. Warganegara Malaysia
2. Ada Blog. Kalau tak ada, pergi daftar.
3. Tak perlu tag. Kalau nak jugak, boleh.
4. Buat 1 entri tentang contest ney ..
5. Kalau peserta kurang daripada 5 atau tiada peserta langsung maka contest ini akan dibatalkan.
6. Paling penting sekali : Follow blog Nadia


Hadiah :
Tempat pertama : Awesome Header Hover (Lip / Lap)
Tempat kedua : Awesome Header Hover Ke Tepi
Tempat ketiga : Awesome Header
Saguhati 2x : Awesome Simple Header

Tarikh Tutup : 26 February 2012

Kalau dah wat entri tu, comment la kat sini . Jangan pulak letak kat shoutbox . tq ;DD

Header Hover (Menggunakan 2 Header)

Assalamualaikum .
Tuto datang kembali !! Rindu betol nak wat entri fasal tuto ni kan . Saja je nak wat tuto ni sebab bosan . Facebook, takde yang datang nak menghilangkan rasa bosan, twitter, lagilah bosan, blog kalau nak hilangkan bosan kena wat entri . HUHUHU ..
Header Hover :

1st :
2.nd : (selepas cursor dilalukan)
Korang nak wat gak ? Boleh .. Siapa yang nak larang korang wat benda simple ni ? Korang kene wat 2 header yang berbeza baru lah nampak effect hover nya kan ? Kalau korang nak wat header baru , pergi tukar kat sini dulu ...


Pastikan korang letak 1st header dahulu...

2. Dashboard - Design - Edit Html
3. Cari kod ni...

#header h1 {
Kalau tak jumpa, cari kod ni pulak ...

 h1.title {
4. Paste kod dibawah ini di atas kod tadi...

 #header:hover {background: url(URL HEADER HOVER );
}
5. Upload header korang kat imgur . Lepas habis download, copy yang Direct Link (email & IM) ..

Selesai . Senag je kan ?

25 Jan 2012

Arghh ! Bencinya !!!

Assalamualaikum ..
"Kenapa lah dorang tak balas balek apa yang aku tengah buat ney ? Aku dah berbuat baek dengan dorang ! Nape ahh ? Nape mereka tak balas balek ? Buat aku marah jer ."

Wuih ! Geram betol Nadia ni ! Ye lah . Nadia dah buat baek dengan dorang, dorang tak balas balek. Mereka fikir Nadia ni ingin tipu mereka ke ? Rasa macam nak tarek balek jer jasa baek Nadia pagi ni.. Nadia berblog, ada tujuan ..

1. Satu-satunya tempat untuk menulis diari
2. Meluahkan perasaan
3. Followers yang ramai ..

Setelah tahu adanya churp-churp..

4. Duit ...

Pada pukul 07:50 , Nadia ada follow seseorang.. Tapi dia tak follow Nadia balek ! Ni buka hal kecik, tapi ni hal besar. Korang lihat nombor 3 tu kan ? Semua kat sini tak buta kan ? So, buka mata korang besar-besar tu . Nombor 1, 2 dan 3 tu lah yang paling utama. Nombor 4 tu tak sangat.

Kalau macam tu, Nadia nak wat mcm ni ..
1. Post link website Nadia kat 8 group blogger .
2. Apabila datang komen , done follow you tapi followers Nadia tak meningkat, Nadia takkan follow korang balek .
3. Apabila datang komen, done follow you dan Nadia lihat followers Nadia meningkat, maka Nadia akan follow dorang .

Jangan membantah ! Nadia guna motif yang ini ~~~> My Blog, My Rules . If Not, I Will Block Your Blog And You Don't Have Any Blog . Kemain panjang motif tu . AWAS !
3. Taknak follow cara private ! Macam menipu jer bunyi . Apa yang nak private sangat ?


Jom Join !

Assalamualaikum .
Hari ni , Nadi nak perkenalkan sesuatu .. Kalau korang lihat gambar kat bawah ni, tentu korang taw gambar apa...





Nadia ada wat kumpulan jugak taw ! tapi belom ada gambar lagi ... Harap2 korang nak join .. Nama group yang Nadi wat ialah...
Jeng Jeng Jeng... Dunia Blog .. Ok tak nama tu ? Kalau KO tu Nadia tak taw . Nadia dah siap edit gambar tu tapi setiap kali nak upload, error lah pulak . Diharap korang sudi join 1st group Nadia . Hehehe . Bawah ni la gambar yang Nadia ingin upload tu .. Suka tak ? Bluewie .. Ahaha


24 Jan 2012

Jom Follow Ramai - Ramai

Assalamualaikum .
Jom follow ! Nadia taw ada hati bloggers2 sini yang kata ...

Tamak betol si Nadia ni kan . Followers dia banyak lagi dari aku nak wat entri cm ni pulak .
Hallow ! Ni tips ok ? Nadia lupa kata dari awal tadi . Korang wat lah entri mcm ni jugak kalau nak followers yang banyak ...

Kepada sesiapa yang done follow blog Nadia Pink World ney, follow Nadia terus taw ?? Nadia baru taw.. Kalau yang ada account Yahoo (facebook) dan twitter boley follow blog kita ni taw . Tadi Nadia try follow blog Nadia ni guna facebook Nadia yang Iqa Nadya tue . Dapat jugak akhirnyaa. Kalau cm tu, followers Nadia terus meningkat la !

Pasni, Nadia nak try follow blog ni guna twitter Nadia.. Kalau korang nak follow blog korang jugak, meh lihat step2 yang Nadia kasi...

1. korang tekan butang mcm ni kad blog korang ...


2. Then , lepas korang tekan butang biru tu, korang nampak tak benda yang mcm ni ?

3. Kalau nak follow guna facebook, tekan yahoo... kalau nak follow guna twitter, tekan lah butang twitter tu .

psskk !! korang kena tawu jugak ni ...

Korang boleh follow blog korang sendiri menggunakan akaun google korang (blog la tu) ...

Sengaja Meletakkan Poll

Assalamualaikum .
Poll tu apa eh ? Eh , ni lah dia poll . Korang taw tak nape Nadia sengaja nak letakkan poll tu ? Sebab , Nadia nak taw apa perasaan korang kat blog Nadia.

Kalau ada yang vote tak suka, benci atau menyampah tu, Nadia nak minta maaf sangat2 kat korang mungkin Nadia tak sengaja mengungkit hati korang tu. Nadia akan bina diri Nadia untuk terus berusaha menjadi lebih baik . 

Nadia nak korang jawab dengan jujur. Kalau tak jujur, suka hati korang lah. Nadia sebenarnya nak taw jer. Kalau ramai yang vote "Suka" nasib baik lah petandanya . Tak ada orang yang terguris hati. hari ni, 25 Januari, korang cuma ada masa 6 hari lagi untuk vote. Nadia berharap sangat korang vote poll Nadia..

Kepada sesape yang nak wat poll tu gak, pergi sini... Kot2 lah ada yang menyampah kat blog korang tu...

Doodle Bertudung

Assalamualaikum .
Lama dah tunggu Nadia kasi doodles ? Oh !? Sowie . Nadia ingatkan korang tak suka dengan doodle buruk Nadia ni. Rupa-rupanya suka jugak kan. Tapi, kali ni Nadia kasi doodle yang paling buruk. Kalau tak caya... tengok kat bawah ni .









Letak Poll Dalam Blog

Assalamualaikum .
Dah baca entri yang INI ? Nak wat poll gak kan ? Kepada sesapew yang blom baca lagi entri tu, dipersilakan Nadia kasi masa 1 minit untuk baca.. Ada 60 saat lagi tu... cepat ! Kalau yang degil sangat nak tahu maksud poll tu, bawah ada..

Kalau korang nak wat beribu soalan beribu jawapan pun leh. Aha . Jom wat !

1. Dashboard - Design - Add A Gadget - Poll

3. Korang ikutlah apa yang ada dalam gambar tu.. Yang kaler biru tu kalau korang nak seorang vote 5-6 kali pon boleh . Nadia tak tick .

Siap !


Alahai ! Tak Habis-Habis ...

Assalamualaikum..
Makin saat, makin minit, makin jam, makin hari followers Nadia menaik . Tu la sebab, post website blog ni kat 8 buah kumpulan blog ... Antaranya...

1. Sahabat Blogger
2. Kawan Blogger
3. Suka Hati Je Buat Blog !
4. Blogger Tercinta
5. Diari Sahabat Blogger
6. Hotspot Blogger
7. Kelab Blogger
8. Kami Si Blogger (Official)

Berpuluh - puluh komen yang datang . Penat jugak asyik follow ni kan . Korang nak follower korang mendadak menaik dengan cepat macam Nadia ? korang post lah mcm Nadia postkan ke-lapan2 group tu.. Simple jer. Tak yah susah2 ..


Korang tulislah , mcm yang Nadia tuliskan tu . kalau kita post jer word TUTO , pasti ramai yang follow dan komen post tersebut ... 

Setelah Nadia belek2 dlm page tu kan , Nadia lihat ada yang kasi komen tentang website untuk ke blog dorang . Pastu, Nadia balas lah "Done Follow You" skali dengan tag . Lepas jer bls tu, ada lagi budak lain komen.. Nadia bls dengan word yang sama pulak . N then dtg lagi komen sampailah berjeler-jeler komen tu.. Barulah Nadia tahu apa sebabnya korang post website blog korang, sikit jer yang datang komen ..
Sebenarnya, dorang nak kita balas jugak komen dia tadi . 

Nadia juga melihat hanya ada 2 group sahaja yang tidak sombong iaitu :

Group2 lain semuanya taknak balas apa yang Nadia post. Jangan sombong gitu eyy ,..

23 Jan 2012

Buat Favicon

Assalamualaikum .
Favicon . Korang taw tak maksud favicon ? Ala, butang cantek2 tu. Haa, yang menggantikan logo blogger tu... Haa. Taw ? Maw buat ? Ikot step by step. Pastikan korang faham ni eyy ... Untuk korang yang masih tak faham dengab setiap ejaan Nadia, bawah ni lah favicon ...

Yang ada arrow warna merah tu.. Faham ? Nak buat ?

1. Dashboard - Design - Edit html - tick expand widget templates
2. Cari kod bawah ni guna ctrl + f

</head>
3. Copy kod bawah ni pulak .

<link href='URL favicon' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='URL favicon' rel='icon' type='image/x-icon'/>
3. Paste kan kod  dekat atas kod tadi k ?
4. Preview dulu baru saves . siap !

Freebies...
 http://dl.glitter-graphics.net/pub/536/536381qy25y7ppxh.gif
 http://dl4.glitter-graphics.net/pub/271/271324cgryc3pnzz.gif
  http://dl7.glitter-graphics.net/pub/1090/1090127rrn88qp9fu.gif
  http://dl4.glitter-graphics.net/pub/807/807754m2opgu6vi8.gif
 http://dl2.glitter-graphics.net/pub/801/801062v8z0fibem9.gif
 http://dl3.glitter-graphics.net/pub/683/683153umcozge3bb.gif
 http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1246/1246640zxsfvfwyzq.gif
  http://dl10.glitter-graphics.net/pub/2443/2443470uvxi1p01lr.gif
  http://dl10.glitter-graphics.net/pub/334/334060dg0l9wqhek.gif

21 Jan 2012

Letak Poll Dalam Blog

Assalamualaikum .
Dah baca entri yang INI ? Nak wat poll gak kan ? Kepada sesapew yang blom baca lagi entri tu, dipersilakan Nadia kasi masa 1 minit untuk baca.. Ada 60 saat lagi tu... cepat ! Kalau yang degil sangat nak tahu maksud poll tu, bawah ada..

Kalau korang nak wat beribu soalan beribu jawapan pun leh. Aha . Jom wat !

1. Dashboard - Design - Add A Gadget - Poll

3. Korang ikutlah apa yang ada dalam gambar tu.. Yang kaler biru tu kalau korang nak seorang vote 5-6 kali pon boleh . Nadia tak tick .

Siap !


Putih Di Sebalik Kuning (Autopublish post)

Assalamualaikum .
Putih di sebalik kuning . Apa tu ? Macam seram jer bunyi title tu. Haa . Tu la fasal, tah habes2 lagi nak buat titlr entri yang pelik2. Kononnya nak ada ramai yang datang ke blog ni.. Haa ...

Hari ni, Nadia gembira sangat.... Sakit mata asyik pandang warna putih jer... Apa tu ? Nadia nak sampaikan , Hari ni, mama dan papa Nadia nak cat rumah ! Dinding rumah kitaorang asalnya warna putih dan ditemani dengan contengan pensel, sukat ketinggian. Haa . Nadia nak tolong dorang lah cat rumah . Yippeee !!! Best tu .

Dah masok 7 tahun dah kitaorang tinggal sini.. Sampai jer tahun 2012, kitaorang punya rezeki untuk mengecat rumah.. Rezeki tu,, buka papa yang beli. Kawan dia yang beri kat papa. Memang baek kwn papa tu kan. Penat juga mengecat ni ... kitaorang mengecat selama 3 hari ! rumah bukan main besar lagi (tak sebesar rumah banglo) .. 

Mengecat rumah 3 hari, nanti nak sambung lagi nak cat bahagian atas pulak... Hohoho . Nadia nak tolong dorang mengecat pulak hari ni.. Bestt .. Korang biler lagi ? Tak sabar2 nak baca entri korang tuh .. Hahaha . Ok.. Bye,  nak sambung mengecat lagi :P



Nak buat contest ?

Assalamualaikum .
Erm, pasti korang tertanya-tanya kan, kenapa xde orang yang nak join contest korang kan ? cm tu jugak dengan  Nadia. Antarnya ialah :

1. Mungkin jumlah tutorial korang yang tak berapa banyak
mungkin juga kalau begitu. Sebab, ramai yang blogwalking ke blog kita nak cari tutorial. Cm tu jugak korang kan ? tahun ni, Nadia blom lagi nak buat contest sebab bilangan tutorial Nadia cket jer.. Kalau dah sampai ratusan tutorial, baru lah Nadia akan buat contest.

2. Hadiah yang tak menarik perhatian ramai
contoh nya : skarf, permainan, atau apa2 sahaja. Tujuan mereka join contest kita seba utamanya ialah Hadiah...  mereka tak nak hadiah yang mungkin mereka boleh dapatkan sendiri di pasar, mall atau sebagainya begitu juga dengan Nadia.

3. Contest yang tak berapa WOW
Mereka inginkan contest yang WOW ! contoh : senang untuk dimenangi. ... Kalau yang susah3 siapa yang nak join ? So, korang fikirkanlah nama contest apa yang sesuai untuk menarik minat dorang.

4. Tak perlu ada tag
kalau kita nak join contest dengan syarat tag 2 orang, payahlah nak join. Sebahagian bloggers yang berasa nak join contest yang kita adakan tapi kalau mereka lihat ada main tag2 tu, maka mereka tak jadi nak join. Nadia pernah cm tu, Nadia nak tag bloggers yang lain tapi mereka tak nak join contest tu.. Susah lah jadinya...

Harap dengan tips ini dapat korang ikuti :)

20 Jan 2012

Underline Berwarna

Assalamualaikum
Underline berwarna single . --> Cantik tak warna underline ini ? <-- Jom buat ! Sakit mata memandang underline yang berwarna hitam ... ANTI HITAM !! Hahaha
1. Dashboard -> Design -> Edit html -> Tick expand widget templates
2. Cari kod ni (ctrl + f)

/* Header
3. Copy kod ni pulak..


u {text-decoration:none;border-bottom: 2px solid #F781BE;padding: 0px;}


4. Pastekan kod tu di atas kod tadi..
5. Kod warna sini 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...